Home
  • Selamat Datang Ke Laman Web CITU
  • Selamat Datang Ke Laman Web CITU
  • Selamat Datang Ke Laman Web CITU
Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1431H PDF Print E-mail
Friday, 12 March 2010 08:11

12 Mac 2010 - Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU) dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUiTM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)   telah menganjurkan Program Ceramah Maulidur Rasul  1431H bertempat di Dataran Mawar, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam. Ceramah perdana ini telah disampaikan oleh Y. Bhg Ustaz Hj Zahazan Mohammed dengan tajuk Memantapkan Ukhuwwah, Memperkasa Ummah. Seramai 500 orang peserta telah hadir mengambil bahagian dan program ini  dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Madya Dr Hj Muhamad Rahimi Osman, Pengarah CITU, UiTM. Tujuan program ini adalah untuk menghayati kembali perjuangan dan pengorbanan junjungan Nabi Muhammad S.A.W  serta para sahabat dalam menyebarkan syiar Islam.    

 
Penjenamaan Nama Jurnal CITU PDF Print E-mail
Friday, 12 March 2010 02:57

Untuk makluman semua warga UiTM, pihak editorial JURNAL CITU sedang dalam proses penjenamaan semula jurnal tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kepada semua untuk kemukakan cadangan nama yang sesuai untuk jurnal tersebut ke arah memantapkan lagi penerbitannya di peringkat nasional dan international. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira :

Read more...
 
Laporan Audit ISO 9001:2008 PDF Print E-mail
Wednesday, 17 February 2010 01:27

Pada hari ini, 17 Februari 2009 pihak CITU menerima kedatangan auditor daripada Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA) untuk audit Pembaharuan Sijil ISO 9001:2008. Auditor yang hadir untuk melakukan audit sehari suntuk itu ialah En. Mohd Ramli Mohd Daud (ketua) , En. Muhammad Firdaus Anson dan En. Shahrul Nizam Husin. Program audit tersebut dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan perbentangan berkaitan CITU oleh Pengarah, PM Dr. Hj. Muhamad Rahimi Osman. Lebih kurang 50 orang staf CITU hadir dalam perbentangan tersebut. Audit dibuat untuk membaharukan sijil ISO yang dimiliki oleh CITU di samping audit terhadap pengunaan standard baru, iaitu ISO 9001:2008.

 
Seminar Hotel Islam PDF Print E-mail
Monday, 08 March 2010 01:23

Seminar Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan Islam Peringkat Kebangsaan 2010 buat pertama kali dianjurkan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM, Shah Alam dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.

Industri perhotelan dan pelancongan merupakan salah satu sektor penting dalam menjana pembangunan ekonomi negara terutama negara-negara membangun seperti Malaysia. Penerapan elemen Islam dalam industri perhotelan dan pelancongan adalah penting bagi melestarikan pengurusan industri tersebut. Seminar ini penting dan perlu diadakan bagi meneroka bidang tersebut untuk percambahan ilmu dan sumbang saran idea para intelektual bagi memajukan industri pelancongan di Malaysia.

Menurut Laman Web Seminar, program ini bertujuan untuk membincangkan konsep perhotelan dan pelancongan, prinsip dan etika industri pelancongan, kaedah fiqh, konsep makanan dan pemakanan, pengaplikasian nilai-nilai estetika menurut perspektif Islam serta isu dan cabaran dalam industri pelancongan dan perhotelan.

Read more...
 
Maklumat Unit Bimbingan & Kaunseling PDF Print E-mail
Tuesday, 16 February 2010 08:11

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM bersedia membantu semua warga UiTM dalam bimbingan agama serta kaunseling. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma dengan hasrat menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian diri warga UiTM. Oleh itu, semua warga UiTM boleh mengambil peluang ini dengan mengunjungi unit ini di Tingkat 4, Bangunan Cempaka 5 CITU sepanjang hari bekerja. Unit ini sentiasa menjalankan dengan amanah dan setiap perkongsian maklumat yang dibincangkan semasa proses bimbingan adalah rahsia dan terpelihara.

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 10

CITU Hari Ini

February 2010 March 2010 April 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 9 1 2 3 4 5 6
Week 10 7 8 9 10 11 12 13
Week 11 14 15 16 17 18 19 20
Week 12 21 22 23 24 25 26 27
Week 13 28 29 30 31

Aktiviti Akan Datang

Lihat Kalendar Aktiviti

Bingkisan Wahyu

"Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua daripada (hakikat) diri yang satu dan daripadanya Dia (Allah) menciptakan isterinya agar ia merasa senang (aman dan tenteram) kepadanya..." (Surah Al-‘Araf : 189)

Gambar Rawak

dsc_0020.jpg

Anugerah AKNC

Laman Web ini adalah pemenang anugerah AKNC UiTM 2009 bagi kategori Pemantauan Perisian Laman Web Terbaik
Banner
iso.jpg

Tetamu Online

We have 123 guests online

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini203
mod_vvisit_counterSemalam276
mod_vvisit_counterMinggu Ini1225
mod_vvisit_counterBulan Ini4073
mod_vvisit_counterSejak 16 Jun 0939958