|
Prof Ir Dr Sahol Pulang Ke Gagang |
|
|
|
|
Thursday, 07 January 2010 03:07 |
|
Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang. Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008. [Wawancara di dalam]
|
|
Read more...
|
|
|
CITU Welcomes Sahol Hamid as New Vice-Chancellor |
|
|
|
|
Wednesday, 06 January 2010 02:54 |
|
Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar has been appointed the new Vice-Chancellor of Universiti Teknologi MARA as of 1st January 2010. Sahol Hamid Abu Bakar has had a long and diverse career in higher education, serving as a faculty member and administrator. His wealth of experience and track record within the sector has no doubt played a key role in his appointment.
|
|
Read more...
|
|
Tahniah dan Takziah daripada BAKPI |
|
|
|
|
Monday, 26 October 2009 12:03 |
|
Badan Kebajikan dan Rekreasi (BAKPI) CITU mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan akademik yang telah dinaikkan pangkat dalam perkhidmatan mereka di UiTM. Antara mereka ialah PM Salahuddin Suyurno (DM54), PM Norhidayah Hashim (DM54), PM Ramawan Abd Rahman (DM53), PM Zakaria Mustaffa (DM53), PM Zaharah Yahya (DM53), ustazah Norlela Kamaruddin (DM52) dan ustazah Nik Kamaliah Nik Abdullah (DM52). Mudah-mudah kenaikan pangkat ini dapat menambah kegigihan penerima dan berjaya memartabatkan kecemarlangan akademik di CITU khususnya dan di UiTM umumnya. Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. BAKPI juga mengucapkan takziah kepada ustazah Che Zaharah Abdullah di atas kembali ayahandanya ke rahmatullah pada 19 Oktober 2009 (Isnin) lalu di Jertih, Terengganu. Mudah-mudah rohnya sentiasa tergolong bersama golongan anbiya dan para salihin.
|
|
|
Pengumuman Penting CTU553 |
|
|
|
|
Thursday, 29 October 2009 05:11 |
|
PERHATIAN!
JADUAL PEPERIKSAAN CTU553 (HUBUNGAN ETNIK) UNTUK SEMUA KURSUS DI INDUK DAN SEMUA CAWANGAN UiTM ADALAH PADA 1 NOVEMBER 2009 (AHAD) JAM 9.00 - 11.00 PAGI
Pengumuman ini dibuat kerana terdapat panggilan telefon daripada pelajar bahawa tiada peperiksaan pada hari cuti. Harap maklum. Sila dapatkan jadual penuh dan agihan tempat peperiksaan melalui laman web ini KLIK DI SINI. Terima kasih.
|
|
Selamat Menempoh Peperiksaan Akhir Oktober 2009 |
|
|
|
|
Sunday, 25 October 2009 10:31 |
|
Pengarah dan semua staf Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) mengucapkan selamat menempoh Peperiksaan Akhir Sesi Oktober 2009 yang diadakan mulai 28 Oktober 2009 kepada semua pelajar. Kami mendoakan anda semua memperoleh ketenangan dalam menjawab dan seterusnya mencapai kejayaan dalam peperiksaan tersebut. Untuk kursus yang paling ramai ditawarkan oleh CITU iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) akan diadakan pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) dan Hubungan Etnik pada 1 November 2009 (Ahad) yang bermula jam 9.00 pagi. Untuk mendapatkan jadual keseluruhan kursus yang ditawarkan oleh CITU dan agihan bilik peperiksaan sila KLIK DI SINI.
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 8 |